Andrewson Ngalai dalam Transformasi Muzik Iban: Dari Warisan ke Kekuatan Ekonomi

Authors

  • Patricia Ganing

DOI:

https://doi.org/10.59967/hunatech.v5i1.84

Keywords:

Budaya Iban, Muzik Iban, Semiotik, Ekonomi kreatif, Identiti budaya

Abstract

Kajian ini meneliti transformasi muzik Iban daripada warisan budaya kepada kekuatan ekonomi dalam industri kreatif melalui karya Andrewson Ngalai. Muzik Iban bukan sahaja berfungsi sebagai medium hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam memelihara bahasa, nilai dan identiti masyarakat Iban. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan teori semiotik oleh Charles Sanders Peirce bagi menganalisis makna dalam lirik lagu sebagai sistem tanda yang mencerminkan pemikiran dan budaya masyarakat. Data diperoleh melalui analisis lirik, temu bual, pemerhatian serta analisis kandungan digital di platform seperti YouTube dan TikTok. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Iban yang mengandungi ungkapan dan peribahasa berperanan sebagai medium pemeliharaan warisan budaya melalui lirik lagu. Selain itu, muzik Iban mengalami transformasi daripada medium tradisional kepada platform digital yang memperluaskan jangkauan penyebaran dan meningkatkan penerimaan audiens di peringkat lokal dan global. Peningkatan tontonan dan interaksi pengguna di platform digital turut menunjukkan wujudnya permintaan terhadap karya muzik Iban. Dalam masa yang sama, muzik ini berkembang sebagai produk ekonomi melalui monetisasi digital, persembahan pentas serta kerjasama komersial yang sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup artis. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa muzik Iban bukan sahaja berfungsi sebagai medium pemeliharaan budaya tetapi turut brkembang sebagai kekuatan ekonomi dalam era digital. Transformasi ini memperlihatkan hubungan yang jelas antara warisan budaya, perubahan medium dan pembentukan nilai ekonomi dalam industri kreatif.

Kata Kunci: Budaya Iban, Muzik Iban, Semiotik , Ekonomi kreatif , Identiti budaya

Downloads

Published

2026-06-29